Sunday, October 25, 2009

welcome back..........

lame no x hapdate blog nih..bz manjang neh..



ni baru ade ms nk m'jenguk blog neh...


pape hal pn upload gambo raye la dlu..huhu..

Wednesday, July 8, 2009

Fadhilat beristighfar

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelumnyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapaitarget ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalanharian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yangtidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalambentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,umur, kasih sayang dan anak-anak.

Wednesday, July 1, 2009

Demi Rindu Ini

Terjaga dari lena
Ditusuk sejuk kota
Untuk aku mengingatimu
Sudah sekian lama aku lupa padamu
Kau dan aku akan bertemu


Terasa amat rindu di hati
Mungkin kau pun begitu
Bagaimana haruskah untuk aku lakukan

Demi rindu ini

Tak mungkin hanya kata
Yang dapat meredakan
Rindu yang lama telah kau simpan

Aku harus dihukum dengan cinta demi rindu

Kau maafkanlah aku
Yang ingin bersamamu untuk hidup
Yang penuh dengan sayang dan rindu
Hanya takdir yang temukan kita
Masih belum terlewat

Untuk aku kembali untuk menyintai dirimu

Demi rindu


Kau maafkanlah aku yang ingin bersamamu
Hidupku penuh dengan gelora
Aku harus dihukum demi cinta

Demi rindu

Alam kubur perhentian sebelum kehidupan abadi di akhirat

MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju. Perjalanan itu pula masih jauh dan terpaksa melalui pelbagai liku serta cabaran. Inilah gambaran matlamat sebenar hidup insan yang hendak dicapai. Pentas dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan salih sebagai bekalan di akhirat nanti.
Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana mereka akan menjawab soalan ditujukan malaikat kepada mereka. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu akan masuk ke syurga atau neraka.
Persoalan kubur termasuk dalam pokok keimanan terhadap alam ghaib seperti mana kita wajib percaya akan adanya syurga, neraka, malaikat dan hari kiamat. Dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang sahih banyak diterangkan perkara di atas yang menuntut setiap orang meyakini adanya alam selepas kehidupan duniawi.
Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.
Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”
Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.
Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” - (Surah Yasin, ayat 77)
Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.
Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi.
Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”
Adapun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?
Adapun roh orang yang beriman dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:
“Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” - (Surah al-Fajar, ayat 27-30)
Kemudian apabila seseorang hamba Allah meninggal dunia, selepas dikebumikan dan ditinggalkan kuburnya lalu datanglah dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir yang ditugaskan untuk menyoalnya.
Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat.
Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.
Menurut Syeikh Abdullah Al-Fattani dalam bukunya Kasful Qhummah, roh Nabi, syuhada, muttaqin, salihin akan diangkat oleh malaikat ke langit selepas selesai tanya jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir.
Kemudian di angkat ke langit kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ketujuh hingga ke Sidratul Muntaha dan di bawa ke Arasy Tuhan. Di sinilah mereka akan ditempatkan dan hidup dengan senang serta bahagia sehingga tiba hari kiamat.
Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.
Bagaimanapun kita tidak banyak mengetahui rahsia alam roh melainkan apa yang diceritakan al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.
Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud: “Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.”
Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat.


Sabda Rasulullah s.a.w
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan Dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan”..


1. Bismillahhirrahmanirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2. Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk

4. InsyaAllah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaulawalaquwwataillabillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian

7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang atau malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah s.w.t

bulan rejab bulan ALLAH s.w.t..


bersempena dengan bulan rejab yg mulia nih haku nk korang baca la kelebihan2 yg ade nih w/pun korang da tao..klo xwat wugi besoo lerr..


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


bukan susah pn nk mencari keredhaan Ilahi,nk kumpul pahala sbg bekalan kat sane nti..smua 2 t'letak pd diri sdiri..klu kuat iman,syaitan pn malas nk dekat..

Sunday, May 31, 2009

my luv hubby n i..

well..i lap u daling..

dok tepi pagar pown jadi ler..


gambo kitorang..




my best fren a.k.a my future sis n me...



ni batu hikmat n nikmat..sape sakit leh masuk lam batu ni n kompem...............hehehe


di bawah redup pepohon yg menghijau..sedut o2 bebanyak..




bulan promosi yoko2 n twisties..(",)

haku ingt dia plok aku sbb nk beromantik2 gitu amik gambo..hampeh tol la..sempat lg dia m'promosi'n yoko2 yg dipau dr housemate aku..ish4..xptot tol laki haku nih..x womantik langsong lor..ape kehelnye laki aku nih..eh 1 more thing..gomuknye haku..huhuhuh..xsuke xsuke xsuke xsuke..:-(

ni pown lg 1..aku bkn main knon2 mnja gambo ngan laki haku..dia m'promosi'n twisties la plak..hadoi..penat tol la ngan laki aku nih..ade je benda yg dia bwk join skali time amik gambo..huh..geram tol..

tugu negara tugu kebangsaan kita..

lpeh tgk monyet2 sekalian tuh p tugu negara..sj jer ilang'n boring..ala ingt leh masuk lg..rupenye da tutop da..6.30 da ttp..huhu..frust lorr..laki aku lg la excited..yela nk g tgk tugu pahlawan..dia kan pahlawan la katakan..amboi trun je kete tros dia bukak lagu "tentera benteng pertahanan negara" dlm tpn..hamboi2 excited nyer die..dah 2 tron kete je tros blah tgal aku jln blkg..geram tol la..hahahaha..tp nsb a da xleh msk..kitoang ape lg..p la tepi pagor 2 nengok tugu..huhu..ni la hasilnye..





huhu..ni jela gambo tugu yg aku hamik dr celah2 pagar tuh..xpela..xleh msk leh tgk pn jadik la..time ni oang pn da xrmai da..da senja la ms 2..next pict lak..


ha nih teka situasi dlm gambo nih..hehehe..ape lagi..btekak la nih..pasai pa btekak???ala pasai aku maleh nk bgerak la..nk amik gambo romantik aselnye..tp aku da dok maleh nk bgerak p dkt ngan die..hahaha..die pn maleh nk p dok sblh aku..aku time ni tahap kritikal punye xlrt angkt perot ngan bontot..br lpeh mkn..heheheh..dia ngade xmo p dkt haku..huh..

monyet2 yg kiut miut..





petang yg suam2 kuku..bowink nyeh tahap cipan cipun..aku ngan laki aku tatau nk watpe..hah..dpt idea..ajk abg aku ngan awek dia kuar jenjalan..hheeheh..ingt nk round2 tgk umah yg lawo2 cun2 gler dkt galeria sri perdana..alih2 xjdik..pegi pusing2 dkt tmn burung..tengok monyet dkt tepi pgr..hah laki aku excited gler tgk tuh..kitoang xde bwk mknn nk bg monyet2 tuh..kutip jela mknn yg jatuh dkt bwh2 tuh bg monyet2 tuh..laki aku la pling excited nyeh..eleh excited knon..tp takot gak..tkot monyet terkam die..huhuhu..best gak tgk gelagat monyet2 tuh..rmai lor oang dok tgk monyet kat situh..tomei jer ank2 monyet tuh..kiut miut..laki aku siap nk curik bwk blik ank monyet tuh..nk blik bela monyet tuh..huh..xde mkne nye...tp best dok cni..dkelilingi hutan yg me'hijau..sejuk mata memandang..b'nafas pn rs segar jer..ade privacy la kat cni..keluar dr kesibukan kota..
lawaknye tgk monyet2 ni gadoh..mcm manusia lak gadohnye..siap bwk geng lg..hahahah..plg xthn nengok otai monyet tuh..muke samseng giler..monyet tua..aku ingt monyet 2 la leader kat c2..hahahaha..da tua gler..tp syg xsmpt amik gambo nyeee...xlm pn kitoang kat sane..kitoang blah nk p tpt lain lak..

Wednesday, May 27, 2009

ni dia ank buah aku..faris danish yg tomei..


ni la alkisah nye cite ank sdare aku nih..suatu hari yg cerah lg panas..ms 2 aku blom kawen lg..2 3 bln lg nk kawen ms 2..aku blik kg ngan hubey aku..blik wat ursn kawen la..pas2 ingt nk kuar g bandar jln2 jumpa membe aku..die keje dkt shopping complex dkt bndr..ank sdare haku nih xleh tggal..nti ngis nk ikot..hubey aku pn mmg suke sgt la klo ade ank sdare haku nih..then kitoang p la..ank buah aku ni br 3thn ms tu..spai je sane dia xnk kitoang dokong..nk jln sniri..ngis2 guling2 xbg oang dokong..hubey aku bg la dia jln..tp mt x lepas pndg la tkot ilang ke ape ker...adeiii..pas2 aku nk p jumpe mmbe aku tgkt ats..hubey aku lak nk p toilet ms 2..aku ckp bia la aku bwk ank buah aku p jumpe membe aku..dia ckp xyah la dia nk bwk p toilet pas2 pegi tpt aku..aku pn p la jumpa membe aku..lm aku dok borak2 ngan membe aku hubey aku xdtg2 pn lg..aku call dia kt kejap yang..jap lg abg p..aku tgu lg..lm aku tgu xdtg2 gak lg..aku call lg skali dia ckp ank buah aku ilang..dia xjumpa cr..ya Allah tersirat darah aku..bderau rase..aku tros p cr hubey aku..tanye mcm mn bleh ilang ank sdare aku nih..rupenye ank buah aku 2 nangis2 nk p main dkt tpt santai bdk2 yg ala2 playground 2 la..yg ade keta la hape lg tah..hubey aku ltk dia atas keta..hubey aku toleh dpn kejap je..pas2 pusing blkg tgk2 ank buah aku da xde..kejap sgt..mayb ank buah aku trn dr keta 2 nk p main yg lain lak kot..cr2 mmg xjumpe..aku da x keruan da wey..da ngis da aku sbil jln cr dia mrate tmpt..hubey aku lg la cuak muke..aku xkesah da oang tgk aku ngis..lm gak aku cr xjumpe..tetiba aku dgr announcement dkt kaunter informasi.."kepada sesiapa yg kehilangan ank berusia dlm lingkungan 2-3thn memakai bj & seluar b'warna coklat sila dtg ke kaunter dgn segera"..ya ALLAH time 2 aku rs nk je lompat dr tgkt 3 trus ke level ground tuh..aku lari p kaunter 2..cian ank buah aku..nangis xrenti ank buah aku ats dokong makcik guard dkt c2..aku tros amik ank buah aku..dng linangan air mt yg xhenti mengalir..aku xleh nk kt ape..xt'ucap..nk ucap tima ksh dkt makcik 2 pn xleh..hubey aku je yg tlg ckp..aku peluk erat2 ank buah aku..cium dia..ya Allah ms 2 xtau nk ckp mcm mn pasaan aku..dah la ank org bkn ank aku sniri..ank buah aku lpas kejadian 2 dia senyap je..jd pendiam..dia trauma kot..cian sgt2 kat dia..nmpak sgt wjh sedih dia tgh ngis ats dokong makcik 2 smbil pegang gula2..klo xjumpe ank buah aku 2 mmg xtau aku mcm mn nk b'hdpn ngan abg, akak ipar aku...hehehehehe..ni secret hanye aku,hubey aku,adik aku ngan membe aku je yg tau..aku xcite kat mak..tkot nti dia xbg da aku bwk ank buah aku p mn2..faris faris..mak ngah ngan ayah ngah mtk maap bebanyak la..klo x xtau la kat mn abg skrg nih..lpas kejadian 2 aku ngan hubey mmg giler2 punye take care..tkot pisang bebuah lg lor..sumpah klo ank aku nti aku xkn bg dia jln tpt rmai org mcm 2..jd pape nti nangis x b'lagu..ms 2 br aku tau mcm mn perasaan soang ibu khlgn ank tsayang w/pun aku msh blum bgelar ibu..tp naluri keibuan 2 da dpt m'gmbr'n betapa peritnye kejadian 2 w/pun nsb kami baik sbb faris xde pape..klo la ade org yg culik dia ms 2..nauzubillah..mintak jauh benda 2 sume jd dkt family aku.. sume ni aku jadi'n pengajaran supaya kelak aku lebih b'hati2..kekadang rs lawak bila pk blik..tp sedih pn ade..sdh sbb tgk faris ms tgh ngis 2..byg'n la dok ngan oang yg dia xknl..mn la dia nk..faris faris..nti da bsr mak ngah cite blik kejadian ni kat faris..hehehehe...ape pun..faris n fadzil..mak ngah syg korang sgt2..mmuuaaahhhh..(",)

i'm coming..(",)



heheheh..salam sume n kabare..lame da aku x menjengah blog kuno aku nih..bz lol..yeke bz..byk wat2 bz je kot..heheheh...neway welcome back..waaaa...nk cite hape tah ni..lame no da x mengarang nye..bowink a xde idea nih..ish xlm da 3hb..nk lik kg hlmn nih..rindu no da rase nye kat omak,adik ngan ank2 buah aku yg cute miut comel lote 2 n ensem..hehehe


mak, adik, faris n fadzil..tgu kepulangan mak ngah n ayah ngah yea..ha blik nti yg best nye..aku ngan hubby da plan baek punya nk celeb8 belated besday luvly mum beserta hari ibu ngan besday ank2 buah aku tuh..mummy 10th may ari 2..faris si abg 1st june n fadzil si adik 15 june..skali harung je..jimat n padat..heheheh


nk bli ape tah tok mak ngan bebudak tuh..hubby aku da excited gler 2 nk blik kg celeb8 besday party..nk bli kek ler bli satay ler tah hape2 lg la die tuh..die nti kompem bli'n pesent tok si abg je nti..syg giler die dkt si abg tuh..si adik dia xminat lg la sbb si asik 2 kecik lg..nti da beso mcm si abg,si abg 2 da xse sape nk lyn la 2..hehehe


aku nk bli hape ek kat mak..bli handbag kot..hurrrmmm..nti la discuss ngan hubby aku nk bli ape..hubby aku beria2 sgt nk bwk mak adik ngan abg aku g vacation dkt genting,pd ngan melaka..tp xde rezeki lg..insyaAllah nti tcapai gak la hajat die klo ade rezeki lbh nti..
haa..ni la gambo ank2 buah ksygn aku nih..si abg ngan si adik..faris danish & fadzil ali..si abg nye ikut mak..putih mlepak dah..si adik muka ikut abg aku..putihnye ya ngalah'n si abg..si abg da gelap kang..slalu sgt main tgh pns..dok ngan mak aku bebas la die..
ahahahaha..ade cite sedih nk citer psl ank sdare aku yg sulong nih..klaka ade sedih pn ade..tp tguuuu...aku cite esok ler..ni nk blik da..senja da blabuh..huhu..daaaaaaaa.. c yaaa..

Friday, April 24, 2009

andai dapat ku undur putaran dunia..







dulu..masa kecik2 aku takot sgt dgn arwah abah..arwah abah mmg garang,tegas..tmbhan bab2 belajar lg la tegas..aku ni sensitif,manja..kna mrh ckit je nangis..arwah abah ckp kuat ckit pn da nangis..smpai umur 25thn pn still mcm 2 gak..klo dgn oang lain aku ok je..xla sensitif sgt..tp dgn arwah abah mmg aku xleh..aku surrender..ms kecik2 aku ingat arwah abah xsyg'n aku..sbb dia garang..aku ingt dia lebih'n ank2 yg sebelah sane..yela arwah abah ada dua family..mak aku bongsu punye..



ish nk menulis pn sebak..ms aku kecik smpai la darjah 6..hidop kitoang mmg ssh..mak aku menoreh getah je..arwah abah ms 2 buruh je..dlu gj buruh bukan byk pn..da la xbyk,nk kena tgung 2 family lak 2..mak aku pn menoreh ambik upah menoreh orang punye jer..nsb baik aku 3 beradik je yg sebelah cni..sebelah sane mmg ramai..9 oang..kesian arwah abah kena kerja tungkus lumus cari duit tok ank2..dlu g sekolah bwk duit 30sen je..sedih..oang lain plg ckit pn 50sen bwk duit g sekolah..w/pun hidup ssh ms 2 tp aku ttp bahagia..aku ada mak,ada abah..



sampaila aku naik form 1, arwah abah da berhijrah ke KL sorang diri..pegi utk mencari nafkah utk ank2,isteri..tgal kitoang sume dkt kampung..alhamdulillah ms 2 arwah abah dpt keje as guard dkt apartment dkt ampang..walaupun gj xla lumayan sgt, tp bleh la arwah tanggung ank2..tambah pulak arwah diberikan kelebihan pandai mengurut..ramai pelanggan..masyuk la klo mengurut dkt KL ni..sbb aku tgk sume yg g mengurut ngan arwah abah ni bkn calang2 oang..aku tgk sume jnis yg berada..so alhamdulillah la dgn rezeki Allah s.w.t bagi..



mak aku pn ms aku form 1 start berniaga..jual nasi dkt warung dpn umah..mula2 bisnes mmg a xlaris sgt..tp lm kelamaan alhamdulillah ada untung..senang la ckit kitoang sekeluarga..tp ms 2 pn mak aku still menoreh gak..dia bukak gerai pg pas2 pkul 9 pegi menoreh..ms mak g menoreh aku la yg kena amik alih tgs mak..sbb aku sekolah sesi petang time 2..2 la rutin harian kitoang..tp berkat kesabaran mak,abah dpt la kitoang rs hdp senang ckit dr dlu walaupun xmewah..



pejam celik pejam celik aku pn da bsr panjang..akak aku dpt msk u,lpas 2 aku pn dpt jejak'n kaki ke u gak..family sebelah sane pn ade yang msk u gak..arwah abah lg la tungkus lumus cr duit utk ank2 dkt u plak..terima kasih abah..tanpa abah kitorang xkan sampai ke menara gading..



2006 arwah abah da benti keja da..arwah abah wat kptsn nk blik kg dok ngan adik,mak..sbb ms 2 1st wife dai pn da meninggal..so mak jela yg ada..ms 2 arwah abah da selalu ckit da..tp xdela teruk sgt..arwah abah ada kencing manis, darah tinggi..pas2 arwah perokok tegar..ssh nk soh dia benti isap rokok..



ni da sampai bab sedih da ni..dlu arwah mmg la selalu gak mrh'n aku sbb dia dgr akak aku ckp bkn2 psl aku..tp aku xmelawan arwah..sekalipun kna mrh giler2 aku xpernah melawan arwah..aku senyap je..cuma kadang2 aku rs xpuas ati gak la..kdg2 aku merungut dkt mak..jahilnye aku..derhaka..aku banyak wat silap ngan arwah abah..aku byk berdosa ngan arwah abah..ada gak kdg2 aku tipu arwah..aku menyesal sgt2..tp sesalan xbguna lg..



2007 abah skt lg..kaki arwah kena potong sampai lutut sbb kencing mns..sedihnye aku ms 2..aku smpt jg arwah abah dkt hospital..ms 2 aku tgh praktikal dkt majlis daerah..blik keja aku tros naik bas g hospital jg arwah abah..kdg2 adik jg,kdg2 mak..tp aku xkisah pn..aku kesian'n mak..walaupun mak ngan abah selalu gaduh, tp mak xpnah abaikan arwah abah..mak jg penuh ksh syg...betapa mak menghargai ksh syg arwah abah..dkt 2mgu arwah kat hospital arwah da bleh kuar wad..dkt umah sgala pergerakan arwah kitoang kena bantu..aku kna slalu papah arwah naik kerusi roda bwk arwah g bilik air..mandikan arwah..pakai'n arwah baju,pakaikan bedakk..bwk mkn minuk utk arwah..3 4 bln lpas 2 arwah dpt bantuan kaki palsu..awl2 mmg ssh arwah nk biasakan dr ngan kaki palsu 2..kitoang kna bantu gak bg arwah serasi..



plg aku sedih & paling menyayat hati..ms 2 arwah nk g mandi..arwah bukak kaki palsu dia pas2 tah mcm mn tiba2 arwah jatuh..kaki arwah yg bekas kna potong 2 tersentak ke lantai..ms 2 aku xde aku tgh keje..mak yg citer kat aku..arwah abah meraung sakit..sampai nangis2 arwah..bayangkan betapa sakitnye abah..mak citer kat aku,aku trus msk blik nangis..kesian sgt2 dkt arwah abah..andai dapat ku undur putaran dunia, aku akan jg arwah abah sebaik mungkin..xnk luka'n ati dia walau ckit pn..aku nk bls segala pengorbanan arwah semasa hayatnya pd ank2..tp apekan daye..Allah lebih syg'n arwah abah..



ms aku bertunang 15/10/07 arwah abah msh ada dgn kitoang..arwah sempat lg sarung'n cincin ke tgn bakal menantu..meriah ms 2 sbb smua ada..ms berlalu pantas sampai la ke hari2 terakhir arwah..aku ingat lg..seminggu sebelum arwah pergi,arwah ada telefon aku tp xdpt..sbb arwah call no lame..adik aku xsave no baru aku dkt tpn arwah..arwah bgtau abg dia call aku xdpt..aku trus call arwah..tanye khabar..aku ingat nape arwah call..aku tanye la abah sihat x..abah ckp abah sihat mcm ni la..aku tanye ada apa2 ke abah call..abah ckp cde pape sj je lm xckp ngan aku..ptt la arwah call sume ank2 dia..rupenye 2 tanda dia nk pegi tgalkan kitoang wat selamanya..klu aku tau 2 petanda nya,aku rela ambik cuti tnpa gj blik jg arwah abah..tp 2 la ketentuan Yang Maha Esa..tiada siapa yg tau..



10/05/08..jam 5 pg arwah ngadu kat mak dia skt dada..pas2 mak sapu ubat dkt dada arwah..mak urut2 arwah..pas2 lpas sbuh arwah ckp dia da ok..dia soh mak pegi bukak kedai..mak pn trun la tgal arwah tgh tdo..pas2 dlm pkul 8 arwah skt lg..arwah pgil mak..mak gegas pegi tpt arwah..mak cpt2 call spupu aku mntk tlg bwk abah pegi hospital..ms 2 mak ngan arwah je ada dkt umah..kitoang sume dkt kl..adik dkt kedah..sume da kalut da..mak bwk abah g hospital msk emergency room..dktr ckp kna bwk arwah ke hospital bsr..mak soh mak sdare aku blik dlu tlg kemas'n pakaian nk bwk g..ms 2 spupu aku dlt luar emergency room..ms mak aku kuar jap nk soh spupu aku blik dktr kluar pgil mak..dktr ckp abah dah xde..mak kluar blik pluk spupu aku ckp abah dah xde..ms 2 rs gelap je dunia ni..mcm xpcaye arwah da pegi wat slamanye..sedih mmg xleh tahan..pagi sampai ke mlm nangis..tp smua da telambat..aku xsempat nk bls jasa2 & pengorbanan arwah..aku menyesal sgt2..sampai skrg automatik aku akn nangis klo tringat kat arwah abah..ni tgh menulis ni pn air mt mengalir deras..skang aku ada mak aku soang je..aku xnk menyesal lg lpas ni..aku nk jg mak aku..walaupun aku xleh bg kemewahan dkt mak sekurang2nya aku boleh bahagiakan mak slagi mak msh ade dpn mt aku..aku xnk mnyesal lg..aku syg mak..aku syg abah sgt2..kpd smua..insafla sblm t'lmbt..walau mcm mn pn ibu bapa kita,sayangi la mereka..apepun mereka ttp ibu bapa kita di dunia & akhirat..jgn menyesal bila dah terlambat..kepada arwah abah ku doakan semoga arwah bersemadi dgn tenang d samping orang2 yg beriman & beramal soleh..aku sayang abah dunia & akhirat..abah pujaan hatiku..dalam hati kecil ku aku berharap arwah telah ampun'n segala dosa2 ku selama aku kecil sampai aku dewasa..& aku sedih,terkilan sbb arwah xsempat mewalikan & menyaksikan pernikahan ku..hanya gambarmu & kenangan mu penawar rindu yang membara di hati..ketahuilah abah bahawa aku amat menyayangimu seperti mana kau menyayangi anak2 mu..tanpa abah xkan ada NOR MUNIRA BT ABDUL RAZAK di dunia ini..semoga abah tenang di sana..amin..

nak buat ape yer..





huh..boring a ari2 mcm ni..keje pn xde..bek xyah dtg keje..tp xpe gak..at least leh surf internet..men game..chatting..huhu..

hmmm..rase cam nk g honeymoon skali lg a..1st honeymoon g PD jer..kali ni nk g tpt lain lak..g pulau ke best gak..tp tgu la lpas raye nti..tgu dpt bonus raya..xpon klo bos bg bonus utk pojek baru ni aku chow a g honeymoon..huhu..

rase nk sgt g becuti kat pulau2 yg indah..pas2 check in lak dkt water chalet ke..waaaa bestnyeee...mlm2 bukak je pintu amik angin sepoi2 yg reti xreti bahase..hoh best nye...

romantik g2..candle lite dinner lak..hihi..plan ni cantik klo lpas raye nti..bleh celebrate hubby aku punye besday skali ngan kitoang punye anniversary tros..hohoho..mesti sonok gler punye laki aku..ini baik punye plan..kena bikin cantik2 maaaa..br best br gempak..nk wat surprise kat laki aku..kna cr assistant ni nk plan..cari idea..

1st kena la determine dlu nk g mane..pas2 plih resort..pas2 pas2 pas2..spai la setel..tp lmbt lg..eh tp xpe..xslh wat plan awl2..ni da nk msk bln 5 da..xlm lg nk puasa da..eh xlama da 2...waaaaa xsbr nye rase..sementara blom ade ank ni honeymoon a dlu puas2..hahaha..da ada ank ssh a ckit..kesian lak kat ank nti..

eh nk msk bln 5 da..besday my beloved mum 10 May ni..tarikh keramat ni jgk la aku kehilangan abah tersayang..mak aku mesti sedih..aku lg sedih..xsempat berada dcc arwah abah saat2 akhir..aku xleh ckp psl ni..sebak tros..sedih..tapi hakikat ni harus aku terima..aku dah kehilangan insan tersayang..kepada arwah abah aku doakan agar tenang di sana..dia ampunkan segala dosa..di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..amin..

Wednesday, April 22, 2009

our marriage..






sodar x sodar udah 7 bln rupenye aku berumah betangga..
lebih setengah taun da pn..huhu..tp msh blom ade pape lg...
mungkin bkn rezeki aku lg la..blom sampai ms lg kot..
ape pn aku bharap sgt la dikurniakan cahaya mata sbg pelengkap & penyeri hdp kitoang..
bestnye ade anak..


tp da ade anak nti mcm mane..laki aku dok sane aku dok cni..
susah a mcm ni..laki aku pn xtau bile dpt posting kl..
aku mmg xnk g sane..syg nk tgal keje ni..
kat sane nk keje ape..da la xbest..yg best nye dok sane sbb
banyak pantai jer..klo da lm2 mengadap pantai pn boring gak..


ala tp xkisah la..mungkin ada hikmah d sebalik semua yang tersurat ni..
ape pun aku sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan & kerukunan
rumahtangga kami..Amiiinn..


harapan aku....hehehehehe
agar aku dpt meningkatkan segala amalan
agar aku jd isteri yang betul2 solehah..
aku sayang laki aku..xnak laki aku kna tanggung dosa aku..
pas2 nk jd ibu mithali..klu dpt capai sume ni..
alhamdulillah..lengkap la kehidupan aku..
yela sume wanita pon impikan mcm ni gak..
keluarga bahagia dunia & akhirat..


bila da ada ank nti..lg bsr & brt tgjwb kitoang..
kite ibu bapa ni yg b'peranan penting
dalam mencorak & mendidik ank2..
aku risau tgk bdk2 zmn skang..kecik2 lg da pndai sosial..
2 yg aku xnk..tkt ank aku nti jd mcm ni..
nauzubillah..mintak jauh sume benda2 mcm ni..
yela mak bapak mn nk tgk ank2 dioang sume t'pesong kan..
so kita b'tgjwb mendidik ank2..bg didikan agama..
terapkan nilai2 murni dlm khdpn dioang..


xsabarnye nk dpat anak..
xpela..apepun kna byk b'sbr,usaha & tawakal..
laki aku ckp xpe..sabar la..bkn rezeki kita lg..
cpt @ lmbt insyaAllah ade la rezeki kami nti..
kena byk2 doa,usaha la..



penat da mengarang..huhu..
nk kuar jap..bos pn blom msk lg ni..
ngantuk pn ade lpas mkn..
chow jap..
daaaaaaaaa..c ya..(",)

finally..

akhirnye dgn bantuan my best pren aku ni..t'cipta la blog aku..
hahahaha..aku da ada blog sniri..
rupenye best gak layan menda ni..drpd xde keje langsung..
baik lyn blog..huhu
apepun aku nk ucap time kekasih bebanyak many2 dkt ma pren ni..
name nye amy..time kaseh la yea mie..hehehehe..

ni kira blog aku ngan husband la ni..
wlaupun husband aku xde ms ngan sume ni..
aku layan jela soang2...

chow dlu..c ya on the next page..hahaha...(",)

saksikan la persembahan istimewa dr aku utk sume..haha..

sekadar mengisi masa lapang je..


We were both young when I first saw you

I close my eyesAnd the flashback starts

I'm standing thereOn a balcony in summer air


See the lightsSee the party, the ball gowns

I see you make your way through the crowd

And say hello, little did I know


That you were Romeo, you were throwing pebbles

And my daddy said stay away from Juliet

And I was crying on the staircase

Begging you please don't go,

and I said


Romeo take me somewhere we can be alone

I'll be waiting all there's left to do is run

You'll be the prince and I'll be the princess

It's a love story baby just say yes


So I sneak out to the garden to see you

We keep quiet 'cause we're dead if they knew

So close your eyes...Escape this town for a little while'


Cause you were Romeo, I was a scarlet letter

And my daddy said stay away from Juliet

But you were everything to me

I was begging you please don't go

and I said


Romeo take me somewhere we can be alone

I'll be waiting all there's left to do is run

You'll be the prince and I'll be the princess

It's a love story baby just say yes



I got tired of waiting

Wondering if you were ever coming around

My faith in you is fading

When I met you on the outskirts of town,

and I said


Romeo save me I've been feeling so aloneI

keep waiting for you but you never come

Is this in my head? I don't know what to think

He knelt to the ground and pulled out a ring


Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story
baby just say yes
Oh oh

Tuesday, April 21, 2009

1st




hehehe...
its begin...
let's start our life...
our stury mury 2gede...
hahaha..
=)